X-Plorasi Filem Bersama KuKuBesi

| 3 comments
Kelantan International Islamic Creative Industry (KITA) yg sedang berlangsung skrg ni agaknya itulah pertama kali aku pergi mana-mana event yang di anjurkan oleh kerajaan Negeri Kelantan..

Aku sampai situ pun dengan ada sebab yg penting dan bukan macam remaja lain yang hanya keluar bandar untuk suka-suka sama gengs.. Oleh kerana itu adalah 'Creative Industry', maka terpaksalah aku pergi ke sana.. Dulu ada Cheng Ho Expo dan Jom Heboh, ikhlas aku kata event yg macam ni aku takkan jejak kaki.. Memang la Jom Heboh tu teruk, tapi Cheng Ho Expo tu kan, mana rajin budak kampung macam aku nak sampai.. 

# poster by KuKuBesi


Di tambah lagi dengan satu sebab lain, tibanya aku di situ juga adalah kerana ingin melepaskan hajat yg sudah lama terpendam iaitu ingin berjumpa dengan otai kukubesi.. Memang tiada alasan la untuk aku tidak ke situ kan?!

# aku antara yg terawal sampai, bergambar kejap depan pintu.. ha3!


Siapa kukubesi nie? Ok, 2-3 tahun dulu agaknya sebelum aku kenal lagi dunia photografi ni, aku ada ternampak satu banner besar di Kotaraya yang bertitle "Bengkel Manipulasi KuKuBeSi".. Yang aku terkejut bayaran untuk bengkel tu kalau tak silap aku RM800++ ! Wowww..!! Tapi yang best, bengkel ni Kerajaan Negeri yang sponsorkan!!

Aku ni bukannya seorang yang senang.. Sepanjang aku terlibat dengan dunia photografi ni, 100% aku belajar sendiri iaitu dengan merujuk kepada Masta-masta dan sumber utama yakni Internet.. Sebut bengkel, jangan cakap berapa harga, kalau RM100 pun aku masih tidak mampu.. . Tapi suatu hari nanti bila aku dah kerje, aku akan masuk juga mana-mana bengkel yang penting.

# masa tengah2 ceramah, yang depan tu member aku.. aku ke sini dengan beliau :-)

Bengkel yg selama 2-3 jam lebih ni banyak juga aku belajar pasal videografi.. Ohh, dah macam teracun tetiba aku.. Haha! Bengkel ni start lebih kurang jam 2 petang dan tamat pada 5 petang. Di tengah-tengah tu ada la masa break..


 # Gambar aku bersama salah seorang idolaku di Malaysia.. haha!

Last but not least, terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan (ini adalah bukan entry berbayar yer..ha3!) Kamu dah macam merealisasikan hajat saya.. Hohoho! Achuuuuuuummm..!! 

p/s :  photo dan ayat bawah ni copy paste dari Aktivis Jeming Hassan (ore sohor di Kelate!!)

- Hari ini program bersama artis. Bergambar dengan YB ustaz Ahmad Baihaki dan ustaz Hafiz Musa diantara mewakili kerajaan Negeri Kelantan dan bersama diantara artis jemputan abam Mamat Khalids selaku artis jemputan dan Kukubesi Bintang Tiga sebagai penceramah. Kemah Keming Kerajaan Negeri Kelantan dan Kemah Keming YB Haji Zulkifli Mamat selaku orang kuat program KITE. Kemah Keming! -

Lot of memory - 25.01.2012 - .. Ajeyy Khalid, Sekian.

3 comments

Hanif Bloglist Blog | January 27, 2012 7:29 PM

KukU besi memang terkenal dalam dunia fotografi..
Gambar no 2 dah ada gaya otai fotografi...hehehehe

justin lover | February 7, 2012 2:42 PM

nk pergi aritu talk kukubesi ni..tapi ad keje lab pulak...sabar jelah,huhu 0_o

Hans | February 14, 2012 4:47 PM

bestnya
kalau ada dkt sini pun aku pergi
:-)


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html